Tuesday, June 7, 2011

Rumah Sewa Saya

Entri tentang rumah sewa saya yang dijanjikan dalam post sebelum2 ni.
Sekarang saya menyewa di Taman Lestari Perdana berdekatan taman equine.
Niat nak dapatkan rumah teres tapi mostly rumah double storey je dalam area ni,tak jumpa single storey yang nak disewakan pun.So akhirnya terpaksa juga menyewa rumah bertingkat-tingkat.hehe.Rumah sewa saya ialah jenis shop apartment.ground level adalah shop lot dan rumah2 di tingkat 1,2 dan 3. rumah saya berada di tingkat 2 so harusla juga menapak sebanyak 39 anak tangga (first day ushar dah kira anak tangga~haha)
Inilah kawasan kejiranan saya.
Rumah ni ada 3bilik tapi satu je bilik air.Memandangkan mungkin saya seorang sahaja atau mungkin bakal berdua sahaja yg akan fully menetap di sini so tidaklah bermasalah sangat rasanya dengan satu bilik air. Nak tau harga sewa tak?percaya tak saya cakap sewanya cuma rm300? =D sangatlah berpatutan bagi saya sebab saya pun tak mampu nak cari rumah sewa yang mahal2.hehe.setahu saya la rate kawasan ni  around rm400. masa iklan tu pn sewanye rm380,tapi bila dah negotiate dengan owner yang baik hati tu pun sanggup nak bagi rm300 janji bayar sewa dan jaga rumah dia.Win-win situation la kiranya.
 Ini ruang tamu yang sedikit comel la(maksudnya tak berapa nk luas sgt),standard la rumah bujang yang tak berapa bujang.hehe.dinding berwarna hijau(adalah dinding asal) manakala warna coklat tu hasil kraf tangan saya dan encek Suami yang konon kreatif dan nak 'in' lah bajet duduk rumah sendiri kan.muahaha.Langsir tu credit to my MIL yang tolong jahitkan(upah pun ciput je encik Suami bagi,kejam kan~haha).
Again credit to my MIL yang bermurah hati mendermakan langsir lama beliau dapatlah dipasang di pintu2 bilik. ;) Ruang makan yang juga comel.kalau ajak kawan2 makan kat rumah nanti sila bersila kat bawahla yer sebab meja comel ni konfem boleh muat makanan je.hihihi. Hajat di hati nak jugak la buat housewarming once konfirm encek Suami tinggal bersama.Tapi tengok jela nanti bila ada masa yang bersesuaian.InsyaAllah kalau jadik saya akan jemput kawan2 yer. :)