Friday, June 17, 2011

Keguguran

Tiada sebarang cerita untuk dihapdet ke blog ini. So hari ni I rasa nak berkongsi cerita bagaimana I keguguran dalam 2bulan lepas. Sebab few friends ade yang bertanya cerita ni dengan I setelah sekian lama tak berjumpa.Ok macam ni ceritanya~
Masa tu pregnancy I masuk minggu ke8.Dan I memang belum mengalami sebarang masalah morning sickness atau sebagainya,dan kudrat I tetap kuat macam biasa,bezanya cuma I kerap mengantuk sewaktu tengahari.So memandangkan keadaan yang tidak membebankan sangat ni,I mintak izin encek suami untuk balik ke kampung I di Kelantan dan dia pun benarkan lah I balik seorang sebab masa tu hari Rabu kot so dia still kene kerja sampai Khamis.Then I pun baliklah drive sorang2 ke Kelantan dari Terengganu.
Selamatlah sampai ke kampung halaman dengan jayanya.Seperti biasa,rumah emak I memang sentiasa sibuk dengan kedai runcit dan kedai kopinya.Dan I memang sibuk jugalah seposen tolong mak I dengan kedai dia.Tapi takdelah teruk sangat pun,biasa2 je.Hari esoknya khamis I drive pergi ke SMKA Lati Pasir Mas dengan my niece Leen & her mom tolong dia kutip sijil2 dia kat sekolah(lepas SPM kan).Then petang tu plak I drive ke Rantau Panjang also with my niece saja2 nak cuci mata lama tak balik kampung kan.hehe.I pergi dengan 2 nieces,Leen yg lepas SPM tu n Isha yang kecik 5tahun tu.Hari tu agak penatlah jugak I berkejar2 dengan Isha dalam pasar Rantau Panjang tu.then almost maghrib kitorang sampai rumah.
And malam tu,lepak2 dengan famili sambil tengok TV,I ingat malam tu cerita Mantera Anjasmoro dan malam tu I langsung tak tolong dengan kedai sebab I asyik duk cakap sakit pinggang and memang pun sakit sampai rasa tak boleh nak duk tegakkan belakang langsung.lapik bantal kat belakang pun memang tak jadi.Masa maghrib petang tu pun I dah ada sedikit bleeding,tp pinkish je so I ingat takde apela sebab penat je la kot. Tapi sakit pinggang tu memang berlarutan sampai malam tu I tak boleh tido dengan sakit perut pun datang sampai kejang and seram sejuk kaki I malam tu.Dipendekkan cerita esoknya pagi bleeding I makin banyak dan badan sangat penat,I rasa tak mampu nak turun bawah bgtau my family and I cuma text my sister cakap I ada bleeding and nak pergi klinik.
At first kami pergi klinik yang bangang ni,doc tu just buat urine test dan bila result +ve dia cakap im still pregnant even I bgtau dia bleeding teruk ni taknak scan ke?dia cakap xpayah balik rehat je.Ish masa tu mmg bengang giler I rasa taknak bayar je keluar dr klinik dia.Pergi Klinik dia pun last choice sebab hari Jumaat takde klinik lain yang buka pagi2 tu.Olehsebab tak puas hati dengan doc tu punya advise,my sis ajak pergi Hospital Tanah Merah je.Then kat sana they straightly sent me to Labour Hall untuk scan.Masa scan tu doc cakap my fetus dah xde and dia check saluran siap keluarkan seketul darah yg tgh nak turun. Masa dalam bilik scan tu bila doc cakap dah gugur tu I memang dah tak boleh tahan sebak dan ternangis kat situ gak.sebenarnya taknak pun nangis tapi memang tak dapat tahan air mata.malu gile kot kat orang2 yang nampak I hari tu.dahla dengan pakai skirt tercalit2 darah masa duduk doc check saluran tu.uhuk.keluar dari hospital balik rumah.family semua pun redha je.Encik Suami and parents gerak balik Kelantan pagi tu gak.
Lepas kejadian Jumaat tu,I dan suami blk ke Terengganu pada hari Sabtu.Sakit?Macam biasa saja time tu,sakit yang teramat sangat pada malam sebelum keguguran tu dan dalam masa seminggu lepas keguguran (masa darah ketul2 nak keluar).Hari Ahad,suami bekerja,FIL di kedai kopi dan MIL ke kelas agama.I kat rumah sorang2 tahan sakit berguling2 kat katil sampai tak tahan sangat menangis2 call encik Suami suruh balik untuk ke klinik amik ubat tahan sakit.Seriusly,masa ni sakit sangat,sakit yang macam period,tapi lebih teruk tak dapat nak bayangkan. :( Tapi alhamdulillah,dengan ubat klinik yang ada,I sentiasa beringat untuk makan ubat sebelum sakit.Sebab kalau dh sakit mesti smpai menangis(sebab manja sangat agaknya?hehe).Seminggu I berpantang makan pedas dan makanan sejuk tapi lepas seminggu semua pun bedal! hehe.Sekian!

No comments: