Showing posts with label storimori. Show all posts
Showing posts with label storimori. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Tiada Tajuk

Entry yang tiada tajuk.Sebab takde specific story yang nak dibebelkan.
Tapi sehari 2 hari ni agak bosan di opis sebab takde keje nak buat.Eh takde ke?
Ade lah jugak kejenye tapi minor2 punye keje,even minor pun still kene buat kan..yang major punya keje pulak tak dapat nak proceed sebab takde verification lagi dr bos.Bos g bercuti Bali sempena wedding kawan dia kat sana.Bestnye kalo boleh pegi jugak..heee.lagi2 dengan tgh memboyot ni mood keje memang malas je,wat keje sume nak santai..rugi la kan bos aku hire orang cam aku..ish ish kesian die.lagi pasni nak kne membayar gaji mase aku maternity leave lagik.hee bayar ke?InsyaAllah kalau ada rezeki sebab ikotkan masa quit dulu memangla dh confirm,tp lepas masuk balik after 6months sume cuti aku takda,macam dikira tak confirm la,tapi harap2nya by chinese new year die kire aku confirm dhla.huhu.doa2 jela rezeki baby.aminnn....
Nak enterframe latest pic jap eh.hehe
masa ni 26weeks pregnant.nampak tak perot bulat tuh?hehe tapi macam xnampak sgt sebab angle gamba tu kot.time ni kat parking lrt sri petaling,nak keluar pi KL ngan lrt,kate encek somi nak reminisce zaman muda2 bercinta dolu2.haha.iyolah tu.selain tu sebenarnye sebab die malas nak drive masuk KL yang jammed tak agak2 tuh.Den pon dah malas eh nak drive sekarang,lagi2 kalo ade laki,kasik can sama die je nak show off skill die tu.skill den dah cukup cantek dh..hahaha.hopefully lepas ni ada story and idea nak update blog ni,kesian die berhabuk2 dah ni..huhu.till then,daaa~

Friday, June 17, 2011

Keguguran

Tiada sebarang cerita untuk dihapdet ke blog ini. So hari ni I rasa nak berkongsi cerita bagaimana I keguguran dalam 2bulan lepas. Sebab few friends ade yang bertanya cerita ni dengan I setelah sekian lama tak berjumpa.Ok macam ni ceritanya~
Masa tu pregnancy I masuk minggu ke8.Dan I memang belum mengalami sebarang masalah morning sickness atau sebagainya,dan kudrat I tetap kuat macam biasa,bezanya cuma I kerap mengantuk sewaktu tengahari.So memandangkan keadaan yang tidak membebankan sangat ni,I mintak izin encek suami untuk balik ke kampung I di Kelantan dan dia pun benarkan lah I balik seorang sebab masa tu hari Rabu kot so dia still kene kerja sampai Khamis.Then I pun baliklah drive sorang2 ke Kelantan dari Terengganu.
Selamatlah sampai ke kampung halaman dengan jayanya.Seperti biasa,rumah emak I memang sentiasa sibuk dengan kedai runcit dan kedai kopinya.Dan I memang sibuk jugalah seposen tolong mak I dengan kedai dia.Tapi takdelah teruk sangat pun,biasa2 je.Hari esoknya khamis I drive pergi ke SMKA Lati Pasir Mas dengan my niece Leen & her mom tolong dia kutip sijil2 dia kat sekolah(lepas SPM kan).Then petang tu plak I drive ke Rantau Panjang also with my niece saja2 nak cuci mata lama tak balik kampung kan.hehe.I pergi dengan 2 nieces,Leen yg lepas SPM tu n Isha yang kecik 5tahun tu.Hari tu agak penatlah jugak I berkejar2 dengan Isha dalam pasar Rantau Panjang tu.then almost maghrib kitorang sampai rumah.
And malam tu,lepak2 dengan famili sambil tengok TV,I ingat malam tu cerita Mantera Anjasmoro dan malam tu I langsung tak tolong dengan kedai sebab I asyik duk cakap sakit pinggang and memang pun sakit sampai rasa tak boleh nak duk tegakkan belakang langsung.lapik bantal kat belakang pun memang tak jadi.Masa maghrib petang tu pun I dah ada sedikit bleeding,tp pinkish je so I ingat takde apela sebab penat je la kot. Tapi sakit pinggang tu memang berlarutan sampai malam tu I tak boleh tido dengan sakit perut pun datang sampai kejang and seram sejuk kaki I malam tu.Dipendekkan cerita esoknya pagi bleeding I makin banyak dan badan sangat penat,I rasa tak mampu nak turun bawah bgtau my family and I cuma text my sister cakap I ada bleeding and nak pergi klinik.
At first kami pergi klinik yang bangang ni,doc tu just buat urine test dan bila result +ve dia cakap im still pregnant even I bgtau dia bleeding teruk ni taknak scan ke?dia cakap xpayah balik rehat je.Ish masa tu mmg bengang giler I rasa taknak bayar je keluar dr klinik dia.Pergi Klinik dia pun last choice sebab hari Jumaat takde klinik lain yang buka pagi2 tu.Olehsebab tak puas hati dengan doc tu punya advise,my sis ajak pergi Hospital Tanah Merah je.Then kat sana they straightly sent me to Labour Hall untuk scan.Masa scan tu doc cakap my fetus dah xde and dia check saluran siap keluarkan seketul darah yg tgh nak turun. Masa dalam bilik scan tu bila doc cakap dah gugur tu I memang dah tak boleh tahan sebak dan ternangis kat situ gak.sebenarnya taknak pun nangis tapi memang tak dapat tahan air mata.malu gile kot kat orang2 yang nampak I hari tu.dahla dengan pakai skirt tercalit2 darah masa duduk doc check saluran tu.uhuk.keluar dari hospital balik rumah.family semua pun redha je.Encik Suami and parents gerak balik Kelantan pagi tu gak.
Lepas kejadian Jumaat tu,I dan suami blk ke Terengganu pada hari Sabtu.Sakit?Macam biasa saja time tu,sakit yang teramat sangat pada malam sebelum keguguran tu dan dalam masa seminggu lepas keguguran (masa darah ketul2 nak keluar).Hari Ahad,suami bekerja,FIL di kedai kopi dan MIL ke kelas agama.I kat rumah sorang2 tahan sakit berguling2 kat katil sampai tak tahan sangat menangis2 call encik Suami suruh balik untuk ke klinik amik ubat tahan sakit.Seriusly,masa ni sakit sangat,sakit yang macam period,tapi lebih teruk tak dapat nak bayangkan. :( Tapi alhamdulillah,dengan ubat klinik yang ada,I sentiasa beringat untuk makan ubat sebelum sakit.Sebab kalau dh sakit mesti smpai menangis(sebab manja sangat agaknya?hehe).Seminggu I berpantang makan pedas dan makanan sejuk tapi lepas seminggu semua pun bedal! hehe.Sekian!

Tuesday, June 7, 2011

Rumah Sewa Saya

Entri tentang rumah sewa saya yang dijanjikan dalam post sebelum2 ni.
Sekarang saya menyewa di Taman Lestari Perdana berdekatan taman equine.
Niat nak dapatkan rumah teres tapi mostly rumah double storey je dalam area ni,tak jumpa single storey yang nak disewakan pun.So akhirnya terpaksa juga menyewa rumah bertingkat-tingkat.hehe.Rumah sewa saya ialah jenis shop apartment.ground level adalah shop lot dan rumah2 di tingkat 1,2 dan 3. rumah saya berada di tingkat 2 so harusla juga menapak sebanyak 39 anak tangga (first day ushar dah kira anak tangga~haha)
Inilah kawasan kejiranan saya.
Rumah ni ada 3bilik tapi satu je bilik air.Memandangkan mungkin saya seorang sahaja atau mungkin bakal berdua sahaja yg akan fully menetap di sini so tidaklah bermasalah sangat rasanya dengan satu bilik air. Nak tau harga sewa tak?percaya tak saya cakap sewanya cuma rm300? =D sangatlah berpatutan bagi saya sebab saya pun tak mampu nak cari rumah sewa yang mahal2.hehe.setahu saya la rate kawasan ni  around rm400. masa iklan tu pn sewanye rm380,tapi bila dah negotiate dengan owner yang baik hati tu pun sanggup nak bagi rm300 janji bayar sewa dan jaga rumah dia.Win-win situation la kiranya.
 Ini ruang tamu yang sedikit comel la(maksudnya tak berapa nk luas sgt),standard la rumah bujang yang tak berapa bujang.hehe.dinding berwarna hijau(adalah dinding asal) manakala warna coklat tu hasil kraf tangan saya dan encek Suami yang konon kreatif dan nak 'in' lah bajet duduk rumah sendiri kan.muahaha.Langsir tu credit to my MIL yang tolong jahitkan(upah pun ciput je encik Suami bagi,kejam kan~haha).
Again credit to my MIL yang bermurah hati mendermakan langsir lama beliau dapatlah dipasang di pintu2 bilik. ;) Ruang makan yang juga comel.kalau ajak kawan2 makan kat rumah nanti sila bersila kat bawahla yer sebab meja comel ni konfem boleh muat makanan je.hihihi. Hajat di hati nak jugak la buat housewarming once konfirm encek Suami tinggal bersama.Tapi tengok jela nanti bila ada masa yang bersesuaian.InsyaAllah kalau jadik saya akan jemput kawan2 yer. :)

Saturday, March 12, 2011

Friday Phenomenon

Wordless entry sempena Friday Phenomenon di Pantai Teluk Ketapang ;)

    ombak mengganas manja-manja
    model : terompah biru & teritip di batang buluh
    Berduyun-duyun kereta keluar dari medan bundle Pantai Teluk Ketapang
 
    Pondok-pondok comel di tepi pantai ;)

Sunday, March 6, 2011

030311

ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN KAMU,
ALLAH SELAMATKAN MAMA & SYAZWAN,
ALLAH SELAMATKAN KAMU BERDUA!
Selamat Hari Ulang Tahun my MIL,mama & my nephew,syazwan 
yang berkongsi hari ulang tahun pada 3March.
Semoga diberkati Allah dan sentiasa di bawah lindunganNya.Amin.

Monday, February 21, 2011

Memandulkan Kucing Saya

Finally I came up with this entry. Dah lame pendam cerita ni,just need the right time to vent it out. And now Im doing it .~Sigh~

First of all,I nak stress kat sini tujuan I memandulkan kucing ni adalah dengan niat yang baik dan bukan sengaja untuk menganiaya binatang comel ni.Sebelum tu I nak cerita sket pasal Kucing ni..heee.Kucing ni I dah lame bela,boleh dikatakan hampir seusia perhubungan I dan encek Suami,dr mase dalam ngorat2 dulu la.So generally for me,this Cat does reminds me of him. Kategori sayang la maknenye.So I takkan saje2 menganiaya binatang yg I sayang ni.Even the cat was named after Him. :D. Masa my sis bawak balik kucing ni dlu,dia jumpe tepi jalan dan dihurung kerengga,kecik baby lagi. My sis yang mmg penyayang kt binatang tu,(mcm I gak ler..hehe)amikla wat blk.and straight after I saw him I named him 'Buyo'. Ups,sori my dear Husband! Sebab mase tu U tgh hangat2 dok mengorat I.hihi.And day by day He grew up finally we called him Toyol not Buyo anymore~selaras dgn perubahan dia,makin hari makin nakal!ok done with the history.Berbalik kepada tujuan.

I memandulkan Toyol sebab dia sangat nakal,bilik I or mane2 je dia singgah dia akan tnggalkan souvenir tak diharapkan.Kencing merata.Sangatla teruk sampai kucing yg we all pernah sayang ni dimaki diherdik even disepak oleh abg I yg sangat sakit hati melihat dia.So,I xkan la nk biarkan je,I should do something!Tanya punya tanya,selidik punya selidik,I decided to do this.So I buat dgn niat baik so that after that maybe Toyol will be a bit behave than before and org pn takdela annoy dgn dia lagi and we will keep him in peace.If tak mmg tak tenang la hidup si Toyol ni kene marah aje.

And I pun tgk hukum pasal benda ni ade mcm2,tapi I yakin nak keep to this hukum,dgn niat yg baik,iaitu Harus.byk info I cari online,dan antaranya,through blog Affanruslan which also through RedMommy is this;


Sehari before kene g mandulkan tu,I dah kurung siap2 si Toyol sebab Vet suruh dia pose before minor operation esoknya.Minum air je.kesian tgk dia dalam cage,asik nak kua.Ok  jum layan some of the pics mase I bawak Toyol jumpe Vet.
Mase ni dia tgh pening2 nak tertido lepas kene bius

On operation table~vet ckp mata dia xtertutup sbb efek anesthetic

Tengah operation
Ini la yang dikeluarkan~testis ek?

After done with the operation,I took Toyol homed. Tengahari sket baru die sedar straightly I bagi die minum and makan.Lapar gile die dari pose the day before. Tapi die macam takde rase sakit pn.Macam biasa je.Vet pn dah bgtau minor operation je and dia cume rase sakit sikit je mcm luka biasa dia fight2 tu je.Dalam seminggu after tu mmg kitorang jaga Toyol betul2 la,suap dia antibiotic 3x sehari and sapu iodin tempat luka dia tu.Then I blk KT tnggalkan dia ngan my sis.

So far I tanye my mom Toyol maseh lagi nakal mcm dulu. Belum ade efek lagila.Mmg Vet tu ada bgtau it takes time gak dia nk berubah.Slowly maybe in 1-2 months.Hopefully he will be behave in some more times. ;)

Thursday, February 17, 2011

Meet up the besties

Rabu lepas,encek Suami tinggalkan I alone di sini and dia ke KL ngan colleagues ada kursus.Before dia pergi I awal2 dah mintak permission nak jumpe one of my besties,G-ah. Lame bebenor dah kononnye nak jumpe tapi ada2 je halangan.So bile dah kene tinggal camni mase ni la nk rebut peluang keluar.He.Called G-ah and she agreed.We met at the airport. ;) Excited.Lame tak jumpa.Macam2 cerita we shared that day.Hehe.
 Muke excited on the way ke airport. (^0^).hahaha

G-ah yang cun berposing depan kure2 dan labi2 kah?
G-ah ni mmg da lame dah I kenal.We have been friends since we were 13. ;) From STF to KMPP. Mase kat STF kitorang takdela geng sangat pun,tapi if dah one batch tu memang kenal la.tambah2 lagi salu satu bus kalo balik Kelantan.Then bile I dah tukar skol to Kelantan,we lost contact la.But then masa kat KMPP kitorang jadi geng balik.Even dia budak Hayat and I budak Fizik,tapi we managed to get together.Masa tu life memang tungganglanggang but enjoyable.ape tak tungganglanggangnye,geng jejalan,geng makan2,geng lepak2 and geng ponteng2 sekali.haha.Tapi I jela yang paling berjaya kaki ponteng zaman tu.Dia takdela seteruk I sangat. :D
Masa matrix.Front frm left G-ah,Munah,
Behind frm left Kayu,me,Leya
See how much we had changed since Matrix.Leya already has a baby son named Ahnaf Zubair. While I got a husband!Never expected this.hikhik.Thought that I akan lambat kawen,tapi nampaknye I antara yang awal gak.huhu.G-ah plak da cun da slimmer,sampai I pun jeles sbb I naik bergelen2.hihi.Munah plak tgh pursuing master while Kayu maybe dah jadik Dr dh kot skrg.sume ade achievement masing2.Alhamdulillah. Whatever it is,i love u babes! mmwahh! ;)

Momento with G-ah ;)
Kitorang lepak2 kat Pantai Teluk Ketapang ni sambil berbual sampai la almost Maghrib baru la 2-2 beransur nak balik.Tau2 jela bukan salu sgt dapat jumpa.So bile jumpa tu mmg macam2 la nk sembang.hehe. Lenkali kite lepak2 lagi ye!

Wednesday, February 16, 2011

Kucing-Kucing Saya

I ada ramai kucing.eh,ramai ke?banyak?tapi I suke guna words ramai.Sebab I anggap kucing-kucing I ni berperasaan macam I jugak. :)
Tapi kucing2 ni I je cakap kucing2 I,sebenarnye kucing kakak I kot,sebab dia yang jaga diorang kat kampung,sedangkan I duduk ngan encek Suami kat sini tak bela pun kucing2 tu.Sebabnya,in laws dan encek Suami I tak suka pun kucing.uhuk. :(
Ada ramai kucing kat kampung I tapi I tak pernah sure berapa ekor pun sebenarnye,so jom kite list out kucing-kucing yang ada kat kampung I yer;
  1. Koben~yang ini memang I bawak blk dr Penang..hehe
  2. Celo
  3. Bulat
  4. Lola~actually kakak I panggil Laura,pastu jadi Loya,dapat kat I lak jadi Lola.:D
  5. Tuti
  6. Effa
  7. Toyo
  8. Muce
  9. Blackberry
  10. Kulat
  11. Kulup
  12. Shitam
  13. Tapom
  14. Kuyap
  15. Labu
  16. Tak ingat nama
  17. Tak ingat nama
Wah ramainya.I sendiri pun tak pernah expect sampai 17ekor sume.hoho.tu pn entah2 ada lagi yang tertinggal.hehe.Okee.Berkenalan sudah dengan nama2 diorang,jom tengok2 lagak2 diorang plak.

Gaya Muce and her baby,Blackberry tido.

Lagi gaya tido dr 2beranak ni,same plak ek? ;D

Yang ini si Kulup tengah tido.ish macam2
Koben & Lola tido same2 macam Muce & Blackberry

Blackberry dok berkepit ngan Azira,my niece

Yang ini plak ada 4ekor tumpang tido dengan Azira dpn tv.:D

Celo posing with Snoopy

Lola~cute tak die?hehe
Ok la.cukup dulu smpai sini.Ingatnye next entry I nak cite sal I mandulkan si Toyo.Uhuk.Nak lipat baju sikit and then pegi tido.Malam ni Im alone.Encek Suami berkursus di KL.huhu.Gudnite all.

Additional info~

Tetibe tadi pas Solat Asar teringat ade lagi 3ekor kucing I tak include in list,which are;

18. Puteh
19. Comey
20. Pok Yeng

Wah,in total ade 20ekor sumenye..wowweee..hehe. K la,nak magreb lak.daaa~ ;)

Jalan-jalan balik Kampung

On 3rd of Feb(CNY 2011),we all 1 family went back to Kelantan.Agenda adalah menghadiri kenduri kendara. Since my SIL, kak Ain ada blk,so my in laws blk ngan dia sekereta pagi2 lagi,while me and my encek Suami blk lewat tengahari sikit berdua je.Bila balik ber2 je ni,tau2 jela ..lengah2 masa pun takdela kisah sgt.On the way blk tu kitorang sempat singgah ke Pantai Penarek makan2 and lepak2 tepi pantai jap.Pantai Penarek ni on the way dari Kuala Terengganu to Kelantan by Jalan Pantai.So if lalu jalan luar ikot Sg.Tong tu mmg takde lalu sini la.Layan some of the pics kat pantai;
mmg best lah drive betol2 tepi pantai ni..
Kambeng pun nak mandi pantai gk
Entiti meneliti pokok ajaib di tepi pantai

ini la pokok ajaibnye..suke sangat aku tgk buah ni,buah ape ye?

yang ini plak harta benda dalam kete.tidak kene mengena 
dgn yg hidup mahupn yg dh xhidup. :P
Selama balik kampung kali ni,2nites spent at Palekbang,kampung Papa,my FIL.and the rest I balik kampung I plak.Umah my mom.tapi encek Suami spent 1nite jela sbb on Sunday,6th of Feb he has to go back to Kuala Terengganu for work.huhu.Tapi takpe,I spent another 1week lg kat kampung,lepas rindu kat bilik I sendiri.hehe.

Isha(niece)merenung masa depan ke cik adik..haha

Suke pic ni.die ngengada nk pkai tudung sbb tgk olen pkai.hehe

oke yg ini plak Isha dgn topi chef alicafe smbil 
mengintai Yoko(rabbit) dlm cage

Pics Isha ni saje je nk selit2 kat sini sbb bdak kecik ni byk btol karenah die.tp mls plak I nak wt entri sal die je.so tempel skali je kt sni senang.ok la ckup dlu.nti nk smbung lagi psl blk kampung ni dalam next entri kawen2 plak.till then,mmwahh! ;)

Sunday, January 16, 2011

Mencari rezeki

Inila keje part time I selama 3 hari.yg diwar-warkan kat facebook I yg kononnye menjadi buruh tu.walhal xdela mem'buruh'kan diri sgt,saje nk kecoh lebih babe!haha.tp seriously,mmg penat badan I mak!maybe sbb da lame xkerja tgh panas cmtu,padahal dlu keje kt LYL g site berjemur panas gk.ye tak bauk?jabar?hehe.
Mase 1st day keje tu,I stay kat sini.Angullia Beach Resort,Marang.sebab temankan colleague I dr KL since she was alone while the others were guys.Murah je,rm70 bilik ade air-cond tp takde shower heater.sape2 nak chalet budget ok la,tp I xrecommend la sbb dgn harga rm70 tu maybe leh dpt much better dr chalet2 kt cni.
Mase keje tu I pegi collect data pasal mende ni la dalam daerah Marang.Septic Tank.keje2 IWK.heheh.mase 3ari ni la i tau sket2 pasal STP,sewerage treatment plant.dr se-simple bende smpai la se-rumit bende,kalo related to mende ni msti org akan ckp kotor kn.tp tu la,kotor xkotor pn,mende2 ni kene la maintain so that kite bole jaga environment kite agar tak tercemar dgn waste kite ni semborono je.hehe.take note tuk diri masing2. :)
Ni la team bebudak yg I join mase wat keje ni.Boys tu dak2 practical.Yg bju belang2 tu la engineer dr Uniti.yg baju putih tu plak buruh kasar yg gemak gedempol hasil membina badan selama 2bulan di kampung tranung kite.harak maklong.mase ni sesaje je bawak dorg ke Masjid Kristal ni lepas setel keje hari ke3 tu,sume bukan org Terengganu kan.hueh.sekian terime kaseh dr I utk u ols.ade ke org bace masalahnye?hakhak

Sunday, January 9, 2011

Random Stories

Its 9th January 2011.Still not too late to wish all of u a Happy Great New Year . :)
Teringin nak buat entry post mortem tuk year 2010,tapi mcm tak ade significant events yg menarik je nk di share, :( so i just drop the points there. but maybe i can share these random stories from the end of the year 2010. :)

::23Dec2010::
i gerak blk kelantan ngan mama and papa shj since husband kene g kuantan.bos dia ajak ada tournament golf anjuran acson.penat berdolak dalik tanak g ngan bos dia(actually sebab bukan dia pandai sgt men golf pn,just penah main je~ups sori encek husband :P)tapi ttp kene pakse join dek bos die.hehe.singgah lunch nasi ulam kt salor then i drop MIL&FIL di Palekbang,my FIL hometown.i pn gerak blk to my mom's house.

::24Dec2010::
Pegi Golok lg ngan Kakje.hee.Tujuan asal cume nk amik my Bro kt Rantau Panjang,tp saje je i ajak akak i g seberang Sg.Golok.Kali ni fare bot sume RM1 compare to RM2 last time we went sbb mase tu banjir air lebih tnggi and seberang jauh sket.


sempit je pn sungai ni bole berenang je redah ke seberang.tapi i tak mampu la nk buat since i berenang pun tak pandai.ekekeke :D

::26Dec2010::
Hari ni dah nak gerak blk Kuala Terengganu.I trun dr my mom's house trus siap2 gerak ke kampung my best friend,Norzi di Kg.Kual ,To Uban for her engagement.
Congratulation dear Norzi!Semoga pertunangan ni selamat sehingga ke jinjang pelamin,amin.So Norzi & Edi,bawak2 bersabar ye korang,xpayah nak gaduh2 tak perlu lg ye. ;) btw,cantik pelamin norzi aritu,kalo tambah kerusi da bole wat pelamin kawen trus da.hehe.
 Dari kampung norzi i gerak ke Palekbang trus amik mama papa tuk gerak blk ke KT ke pangkuan husband tercinta~pakat muntah semua,wekk. :P.

::28Dec2010::
I balik ke pangkuan husband xsampai 2hari je pn.hehe.pagi ni i gerak blk Kelantan lagi,but this time alone.sebabnye i nak g hantar anak buah i register kt UITM Shah Alam dgn famili i.sounds like family trip again,i like~hehe.sampai kelantan around 12pm and gerak ke KL around 3pm with my sis KakWe,KakJe ,my nephew yg nak reg tu Yue, and nieces Leen,Isha and Azira.so penuh la Myvi i dalam trip tu.berat bontot Myvi meredah bukit hari tu.hehe.dah la hari hujan so traffic not so smooth dgn lori2 yg banyak lg.we arrived KL umah Leya,(where i stayed when i was working in KL) around 12am setelah beberapa kali berhenti otw.

::29Dec2010::

We all turun pagi tu ke Uitm and parked at Padang Kawad sebelum took uitm bus (Uitm yg wat sistem ni sbb taknak org bersesak2 mase registration tu agknye)to Kolej Perindu tmpat Yue akan stay.He was accepted to Akademi Pengajian Bahasa there,congrats to him yg mmg berminat dengan pengajian bahasa inggeris.
Isha mase dalam bus UITM.budak sorg ni suke sgt naik bus.nampak je bus dah terkejar2 die ke bus.jenuh nak mengejar die.haha.dr uitm we all keluar ke Jusco Bukit Raja nearby.nak cari brg2 Yue sikit2.
Isha lagi.men2 mase dlm Jusco.Then that evening,we left for Bukit Jalil sesudah meninggalkan Yue dgn kwn2 di Kolej Perindu UITM.Good luck nephew,belajar rajin2 smpai dpt degree yer!jgn nak melancong2 ke oversea smpai extend study mcm mase kt asasi lg k!hehe.

::30Dec2010::
We all gerak blk ke Kelantan.
muke comot azira & isha mase berhenti makan kat Genting Sempah.Semua menjamu selera so the trip going home senyap sunyi semua tertidur kekenyangan. :)

::31Dec2010::
Going to say good bye 2010,there was i said Good Bye to families in Kelantan. Gerak balik ke Terengganu.Welcome 2011 and Welcome home Terengganu. ;)


Sunday, December 12, 2010

Housewife

Hari ni hari ke8 aku kat kampung husband.selama seminggu menjadi full time housewife.cari keje maseh xdapat.haha tahniah utk aku.huhu.sedih sebenanye.sampai bile nk idup mcm ni.menumpang kat umah in laws.selagi aku belum kerja selagi tu xdapat nk mulekan hidup berkeluarga sendiri.the reason is,my husband cant afford it alone.i dont blame him at all.aku yg mcm ni pn dah terasa susah hati bagai,then terfikir mcm mane org lain yg hidup berkeluarga tp husband je yg keje,anak2 lagi.xtercapai akal pendek aku.hukhuk.
my everyday life skrg ni more to a routine.if ari husband keje,tinggal aku kat rumah buat apa yg patut.tp kdg2 rasenye wat gak ape yg xpatut.haha.ape2 jela.if hari cuti husband,takdela aku yg xkeje ni kebosanan sgt sbb die ade bole nk bertekak and sebagainye.hihihi.
lame gile dah xjenguk blog and bru arini ade rase hati nk menceceh kt sini.walhal xdela bizi sgt pn,tau jela dok rumah wat house chores jela,bukannye ade anak2 nk kene jaga lg,hihi..so mmg aku byk free laa kn..nk belajar menjaet?belajar memasak?byk gk aku gugel2 cri2 area trengganu ni,selain drpd mencari kerja la kn..tp so far lom ada yg jmpe dan sesuai..uhuk.ape2pn,still kne berusaha kan?caiyok2 rosek!haihs.
haritu,godek2 fridge mama kt dapur,jmpe bende ni :
chocolates!and u guess how long had my husband kept this thing in the fridge?it was from our engagement! around chinese new year,so it has been 10months in the fridge.hahaha.die cakap sayang nk makan so he decided just to keep it.and finally yesterday,we decided to get rid of them.haha.nak makan dah xsanggup sbb da lame gile.so kitorg just buang jela.huhu syg gk sbenanye.tp ktorg takde fridge sdri lagi nk simpan bende2 xpatut ni...takkanla nk biar menyemak je kt fridge mama tu selamanya kan,besides she got loads of stuff that can occupied the space for these things.hueh.
kerja oh kerja,cepat la dapatkan aku ni!haha..ade eh?lenguh dah rsenye mengapply keje kat area kuala terengganu ni,tp lom ade rezeki lagik.huhu.sape2 ade vacant tuk post related to mechanical industry in kuala terengganu bagila can kt aku..uhuk.. :(

Monday, November 22, 2010

Nilai 3

I ikot temankan Cik Nozi g Nilai 3 bli brg2 tuk her engagement.hehe
On the way g Nilai
Selesai mmbeli belah brg cik Nozi.besungguhla aku begamba katekan ngan plastik2 beso tu.heheh
Bodyguard cik Nozi yg dijamu sate yg dibelanja dr walletnye sendiri.timekaseh ye encek polabear! :P