Thursday, June 23, 2011

Nasi Ayam Chee Meng

 Semalam me&colleague pergi lunch nasi ayam ni di Old Klang Road,just beside the new Tesco@Scott Garden tu.Pergi sebab recommended by other colleague cakap nasi ayam ni sedap.Here we were.

 Set Nasi + Ayam+Sup  = RM6.50.Sedap dan mengenyangkan.

 Sayur kailan sos tiram yang fresh,crispy lg daun dan stem tu,sedap & menyihatkan! RM5. ordered by me yg suke makan sayur. =)

 Ayam bahagian thigh yang tak nampak ayamnya diselaputi kicap sambal cili dan sambal halia yang pedas tapi sedap.

 Nasi ayam pun just nice & fulfilling my stomach yang kelaparan time tu.Kuah sup ada kacang tanah dalam tu.untuk apa ye kacang tanah tu?signature diorang kot tapi tak sure ape kelebihan dia.

Ni my favourite kot..mulanya ingat ni sambal cili dia just warna dia tak merah sebab pakai cili hijau.Rupanya sambal halia.If AC yang sedang mak buyung makan pun msti cakap sedap.Sebab me suka makan halia pun ajaran Ac.hehe.
Keseluruhannya bagi me cakap nasi ayam ni sedap. So far my favourite nak makan nasi ayam adalah Nasi Ayam Pak Mal,so pasni Nasi Ayam Hainan Chee Meng pun leh masuk dalam list gak. Yummy. 
Sekian la.lately ni takde story sangat nak jot down here.so layan jela cerita tak menarik ni pon. ;)

Friday, June 17, 2011

Keguguran

Tiada sebarang cerita untuk dihapdet ke blog ini. So hari ni I rasa nak berkongsi cerita bagaimana I keguguran dalam 2bulan lepas. Sebab few friends ade yang bertanya cerita ni dengan I setelah sekian lama tak berjumpa.Ok macam ni ceritanya~
Masa tu pregnancy I masuk minggu ke8.Dan I memang belum mengalami sebarang masalah morning sickness atau sebagainya,dan kudrat I tetap kuat macam biasa,bezanya cuma I kerap mengantuk sewaktu tengahari.So memandangkan keadaan yang tidak membebankan sangat ni,I mintak izin encek suami untuk balik ke kampung I di Kelantan dan dia pun benarkan lah I balik seorang sebab masa tu hari Rabu kot so dia still kene kerja sampai Khamis.Then I pun baliklah drive sorang2 ke Kelantan dari Terengganu.
Selamatlah sampai ke kampung halaman dengan jayanya.Seperti biasa,rumah emak I memang sentiasa sibuk dengan kedai runcit dan kedai kopinya.Dan I memang sibuk jugalah seposen tolong mak I dengan kedai dia.Tapi takdelah teruk sangat pun,biasa2 je.Hari esoknya khamis I drive pergi ke SMKA Lati Pasir Mas dengan my niece Leen & her mom tolong dia kutip sijil2 dia kat sekolah(lepas SPM kan).Then petang tu plak I drive ke Rantau Panjang also with my niece saja2 nak cuci mata lama tak balik kampung kan.hehe.I pergi dengan 2 nieces,Leen yg lepas SPM tu n Isha yang kecik 5tahun tu.Hari tu agak penatlah jugak I berkejar2 dengan Isha dalam pasar Rantau Panjang tu.then almost maghrib kitorang sampai rumah.
And malam tu,lepak2 dengan famili sambil tengok TV,I ingat malam tu cerita Mantera Anjasmoro dan malam tu I langsung tak tolong dengan kedai sebab I asyik duk cakap sakit pinggang and memang pun sakit sampai rasa tak boleh nak duk tegakkan belakang langsung.lapik bantal kat belakang pun memang tak jadi.Masa maghrib petang tu pun I dah ada sedikit bleeding,tp pinkish je so I ingat takde apela sebab penat je la kot. Tapi sakit pinggang tu memang berlarutan sampai malam tu I tak boleh tido dengan sakit perut pun datang sampai kejang and seram sejuk kaki I malam tu.Dipendekkan cerita esoknya pagi bleeding I makin banyak dan badan sangat penat,I rasa tak mampu nak turun bawah bgtau my family and I cuma text my sister cakap I ada bleeding and nak pergi klinik.
At first kami pergi klinik yang bangang ni,doc tu just buat urine test dan bila result +ve dia cakap im still pregnant even I bgtau dia bleeding teruk ni taknak scan ke?dia cakap xpayah balik rehat je.Ish masa tu mmg bengang giler I rasa taknak bayar je keluar dr klinik dia.Pergi Klinik dia pun last choice sebab hari Jumaat takde klinik lain yang buka pagi2 tu.Olehsebab tak puas hati dengan doc tu punya advise,my sis ajak pergi Hospital Tanah Merah je.Then kat sana they straightly sent me to Labour Hall untuk scan.Masa scan tu doc cakap my fetus dah xde and dia check saluran siap keluarkan seketul darah yg tgh nak turun. Masa dalam bilik scan tu bila doc cakap dah gugur tu I memang dah tak boleh tahan sebak dan ternangis kat situ gak.sebenarnya taknak pun nangis tapi memang tak dapat tahan air mata.malu gile kot kat orang2 yang nampak I hari tu.dahla dengan pakai skirt tercalit2 darah masa duduk doc check saluran tu.uhuk.keluar dari hospital balik rumah.family semua pun redha je.Encik Suami and parents gerak balik Kelantan pagi tu gak.
Lepas kejadian Jumaat tu,I dan suami blk ke Terengganu pada hari Sabtu.Sakit?Macam biasa saja time tu,sakit yang teramat sangat pada malam sebelum keguguran tu dan dalam masa seminggu lepas keguguran (masa darah ketul2 nak keluar).Hari Ahad,suami bekerja,FIL di kedai kopi dan MIL ke kelas agama.I kat rumah sorang2 tahan sakit berguling2 kat katil sampai tak tahan sangat menangis2 call encik Suami suruh balik untuk ke klinik amik ubat tahan sakit.Seriusly,masa ni sakit sangat,sakit yang macam period,tapi lebih teruk tak dapat nak bayangkan. :( Tapi alhamdulillah,dengan ubat klinik yang ada,I sentiasa beringat untuk makan ubat sebelum sakit.Sebab kalau dh sakit mesti smpai menangis(sebab manja sangat agaknya?hehe).Seminggu I berpantang makan pedas dan makanan sejuk tapi lepas seminggu semua pun bedal! hehe.Sekian!

Wednesday, June 8, 2011

Family Day Out

It was on my anniversary day. 
Me,hubby,Mom and Nieces day out.
mom,me.hubby
Leen& Azira : Tasik Titiwangsa
 Putrajaya
 Mom & Nieces : Bukit Tinggi
 Anak dara pingitan =P
 
Teluk Chempedak

There was no candle light dinner,
only one nice & joyful outing together, a sweet memory to be reminisce in the future hopefully. 
=)

Tuesday, June 7, 2011

Rumah Sewa Saya

Entri tentang rumah sewa saya yang dijanjikan dalam post sebelum2 ni.
Sekarang saya menyewa di Taman Lestari Perdana berdekatan taman equine.
Niat nak dapatkan rumah teres tapi mostly rumah double storey je dalam area ni,tak jumpa single storey yang nak disewakan pun.So akhirnya terpaksa juga menyewa rumah bertingkat-tingkat.hehe.Rumah sewa saya ialah jenis shop apartment.ground level adalah shop lot dan rumah2 di tingkat 1,2 dan 3. rumah saya berada di tingkat 2 so harusla juga menapak sebanyak 39 anak tangga (first day ushar dah kira anak tangga~haha)
Inilah kawasan kejiranan saya.
Rumah ni ada 3bilik tapi satu je bilik air.Memandangkan mungkin saya seorang sahaja atau mungkin bakal berdua sahaja yg akan fully menetap di sini so tidaklah bermasalah sangat rasanya dengan satu bilik air. Nak tau harga sewa tak?percaya tak saya cakap sewanya cuma rm300? =D sangatlah berpatutan bagi saya sebab saya pun tak mampu nak cari rumah sewa yang mahal2.hehe.setahu saya la rate kawasan ni  around rm400. masa iklan tu pn sewanye rm380,tapi bila dah negotiate dengan owner yang baik hati tu pun sanggup nak bagi rm300 janji bayar sewa dan jaga rumah dia.Win-win situation la kiranya.
 Ini ruang tamu yang sedikit comel la(maksudnya tak berapa nk luas sgt),standard la rumah bujang yang tak berapa bujang.hehe.dinding berwarna hijau(adalah dinding asal) manakala warna coklat tu hasil kraf tangan saya dan encek Suami yang konon kreatif dan nak 'in' lah bajet duduk rumah sendiri kan.muahaha.Langsir tu credit to my MIL yang tolong jahitkan(upah pun ciput je encik Suami bagi,kejam kan~haha).
Again credit to my MIL yang bermurah hati mendermakan langsir lama beliau dapatlah dipasang di pintu2 bilik. ;) Ruang makan yang juga comel.kalau ajak kawan2 makan kat rumah nanti sila bersila kat bawahla yer sebab meja comel ni konfem boleh muat makanan je.hihihi. Hajat di hati nak jugak la buat housewarming once konfirm encek Suami tinggal bersama.Tapi tengok jela nanti bila ada masa yang bersesuaian.InsyaAllah kalau jadik saya akan jemput kawan2 yer. :)

Thursday, June 2, 2011

Happy 1st Anniversary

Its our first anniversary  =)
Doa saya semoga our marriage will be blessed and last till end of our lives,insyaAllah.
Mana2 ikatan perkahwinan pun akan dilanda ombak dan badai,tapi harapan kami agar halangan yang melanda akan lebih mematangkan dan mengeratkan lagi hubungan kami yang baru setahun jagung ni.Doakan untuk kami juga ye kawan2.thanks.love you guys! =)