Wednesday, December 21, 2011

Tiada Tajuk

Entry yang tiada tajuk.Sebab takde specific story yang nak dibebelkan.
Tapi sehari 2 hari ni agak bosan di opis sebab takde keje nak buat.Eh takde ke?
Ade lah jugak kejenye tapi minor2 punye keje,even minor pun still kene buat kan..yang major punya keje pulak tak dapat nak proceed sebab takde verification lagi dr bos.Bos g bercuti Bali sempena wedding kawan dia kat sana.Bestnye kalo boleh pegi jugak..heee.lagi2 dengan tgh memboyot ni mood keje memang malas je,wat keje sume nak santai..rugi la kan bos aku hire orang cam aku..ish ish kesian die.lagi pasni nak kne membayar gaji mase aku maternity leave lagik.hee bayar ke?InsyaAllah kalau ada rezeki sebab ikotkan masa quit dulu memangla dh confirm,tp lepas masuk balik after 6months sume cuti aku takda,macam dikira tak confirm la,tapi harap2nya by chinese new year die kire aku confirm dhla.huhu.doa2 jela rezeki baby.aminnn....
Nak enterframe latest pic jap eh.hehe
masa ni 26weeks pregnant.nampak tak perot bulat tuh?hehe tapi macam xnampak sgt sebab angle gamba tu kot.time ni kat parking lrt sri petaling,nak keluar pi KL ngan lrt,kate encek somi nak reminisce zaman muda2 bercinta dolu2.haha.iyolah tu.selain tu sebenarnye sebab die malas nak drive masuk KL yang jammed tak agak2 tuh.Den pon dah malas eh nak drive sekarang,lagi2 kalo ade laki,kasik can sama die je nak show off skill die tu.skill den dah cukup cantek dh..hahaha.hopefully lepas ni ada story and idea nak update blog ni,kesian die berhabuk2 dah ni..huhu.till then,daaa~

Thursday, September 29, 2011

1st trimester

Sangat lama tak updet blog.haihs.
Cerita aku dah pregnant maybe dah basi.
Tapi nak gak tules kat sini so that lenkali pregnant aku leh trace balik experience for this pregnancy. +ve pregnancy test kali ni seawal 5weeks pregnant,about 3weeks conception dan seawal sminggu lewat period.[mengikut my knowledge so far yg dibace lah tp kalo salah sila belaja lagiklah]Tapi sebab mcm dah agak something so test gak awal2. So alhamdulillah mmg +ve dan g kinik mengesahkan.Few days after tu,aku ada bleeding,even cam light je pun tp sbb berturut2 2hari so pegi la gak klinik tnya. Then doc scan xboleh nmpak suh refer specialist scan internal.hasilnye pegi Annur bangi seawal 8.30 pagi dan balik 5.30ptg.jumpa doc 5menet scan internal leh tgk baby sac,ok takdehal.pergh serik aku tanak pegi sini lagi.tapi pegi gak folo up sekali mase 7weeks tgk jantung dah start beating.Alhamdulillah.tapi dah nekad mmg xnak check sini lagi.Sehari menunggu jumpe doc 5menet.mcm sgt xberbaloi bg kami.besides kosnye yg mahal boleh aku jimat.ngehngeh.

Seawal 5minggu suda stat alahan,nak cakap morning sickness bkn jugak sbb mmg all day sickness.muntah tidak kira pagi petang siang malam.selera mmg takde.minum air pun muntah.idop sgt tidak bersemangat.malas pegi keje.selalu tido,selalu mc.selalu pusing.then masa bulan puasa lagilah puasa cuma 10hari.nak mengganti 19hari nih adoyaipun.phew.sepanjang bulan puasa tak masak.somi masak nasi sendrik tuk sahur then goreng telur dadar sendiri.isteri dalam bilik tido tutup hidung tutup pintu taknak bau minyak somi menggoreng.sangat busuk rasanya.MasyaAllah mmg buruk perangai aku masa ni.bau orang masak mmg buat aku pening tak tahan nak muntah jugak.bau busuk sikit2 pun dah nak muntah.Tuhan saja tau rasa xselesa masa ni.Week 9 kene warded sbb alahan ssh nak makan minum then doc suh stay ward masuk air.Then balik raya.mood raya takde sgt sbb still rasa malas dan lemau nak keluar beraya.So raya tahun ni agak boring smpai somi pun naik boring agaknya dpt isteri lemau macam ni.hee.

Then masuk week 12-13,alahan seakan beransur pulih.Muntah pun cuma 3-4kali sminggu je dh.makan pun dah stat berselera sikit malah aku dah stat rasa lapar kalau makan sekali je sehari.Sepanjang pregnant berat turun 4kg tapi mungkin akan naik dalam few weeks ahead kalo selera makin baik.harapnya tak lah membuak selera aku sebab tanaklah overweight.huu.sekarang dalam weeks 14 going to 15 in few days. Masa 12 & 13weeks scan baby nampak sehat aktif bermain2 menggeliat2 dalam womb tuh,harapnya kekal sehat la beliau, InsyaAllah. Aku pun dah sedikit gagah sket makin sehat makin bersemangat makin rajin masak.Alhamdulillah,syukur sgt sbb at least masuk 2nd trimester ni aku dah ok sket. Sbb ada je kwn2 yg still alahan teruk walopon masuk 2nd trimester.so harapnya days ahead pun will be better for us.

Wednesday, August 10, 2011

Ramadan Al-Mubarak

Selamat berpuasa kawan-kawan.Walopon dah masuk hari kesepuluh kita berpuasa.
Ramadan kali ini terasa sedikit suram bagi saya.Rasa tidak sihat sepanjang masa tidak kira siang dan malam.Puasa pun dah 2 hari missed. ;( Rasa sangat lemau dan tidak bermaya. Harap-harapnya sempat menghabiskan puasa dan beraya bersama-sama dengan lebih sihat.InsyaAllah.Btw,thanks a lot to my encek somi yang memahami dan membantu sepanjang these few weeks yang tidak bermaya bagi saya.Semua laundry dia yang buat,pingganmangkuk di dapur dia yang basuhkan,beli makanan di bazar juga dia sebab saya memang tak boleh nak masak.Tak boleh nak bau yang pelik2.masuk dapur je pun dah rasa nak vomit.hukhuk.Terima kasih kerana memahami dah sentiasa berada disisi.May God bless U and all ;)

Monday, July 11, 2011

Lazy to Busy Sunday

Memula ingatkan this sunday will be our lazy Sunday.Rupa2nya it turned out to be busy. Hehe. Sunday morning harusla dimulakan dengan bangun pagi lambat selepas Subuh.Hehe.about 10am I mencelikkan mata dan tak mampu nak pejam balik even mlm before tu tido pukul3pagi.Lagipun ada encek somi yang akan bangun kejap lagi dan mencari makanan utk diisi ke perut comelnye. hoho. So I pun bangunla masak nasi goreng kampung for his breakfast. Nasi tu pun seciput je ada lebih dari dinner malam tadi,cukup la utk perut dia buat brekpes.After breakfast he went out to find car accessories shop nak tuka aircond filter yang dah lama tak tukar.Preventive maintenance la kan sebelum ada major breakdown,tak kuasa la kitorang nak tukar compressor baru.mahal ooo..uhuk.
Sementara I kat rumah kemas2 dapur & siap2 utk pickup my nephew,Yue and Andy, his friend from London yang dah mcm family bg family I.Dia akan menghabeskan masa 3minggu di Malaysia nih.Hari ni diorang akan stay umah I sementara tunggu bus esok pagi ke Kelantan.Encek Somi balik dr Kinrara amik I & kitorang gerak ke LRT Sri Petaling to pick up Yue & Andy.
 Straightly after pickup diorang kami ke Mines sebab encek somi ada nak beli barang kat sana. Lepas tu Andy plak treat we all makan Teppanyaki kat foodcourt.Thanks brother! :)
Plate of mine.Beef & Cuttlefish with Beansprouts.Sedap!Habiskan ni je pun dah kenyang.Nasi?Mestila banyak bagi kat encek somi :P.Hehe. After that kami pulang dulu ke rumah since dah almost Asar time tu. Sampai rumah rehat2 solat asar semua,dalam 6pm kami keluar balik ke Putrajaya Sentral utk beli tiket Yue& Andy.Tak sempat pegi mana2 pun sbb dah nak malam & semua pn dah penat.
Balik umah org lain sume rehat but I still have to cook..uhuk..tapi takpe kalo I masak,dapat tengok sume orang makan and kenyang je dah hilang penat I.ye ke?haha.ntah.maybe kot.weehoo..k la nk rehat,ganti energy for my previous busy Sunday.Busy lah konon. haha

Wednesday, July 6, 2011

Projek Sunshades Uitm Sg. Buluh

Title entry berbaur ke'mekanikal'an..tp sebenarnye entry tidak lah semekanikal mana..bajetlah ko mekanikal,project engineer je pon..bluwek..haha.actually just nak ckp lately tumpuan kerja seharian bertumpu kat projek tu la..tak habis2 dengan documents n problem kat site.hari ni blk keje lambat pun sbb projek ni,pegi meeting dengan consultant jam 530 pm.suppose 430,tapi harini jammed semacam,kononnye sbb roadblock merata2 pasal isu BERSIH 2.0 tu la.ntah la,mls nk komen lah isu sensitif mcm ni.huhu.jangankan I dengan Sam (my boss) lambat,even consultant tu pun sampai lambat dari his site sebab jammed teruk.
Tiba2 nak interframe si Sulaiman dalam gambar kat atas ni,hihi.jangan marah ye Man! Dia ni site agent kitorang lah untuk projek ni,ape2hal kalau tak Jabar(my colleague),dia lah yang akan cuba handle masalah kat site.muka keras tuh tak tahan,tgh pikir mcmana nak setel msalah scaffolding agaknye..=P
Ok cukuplah pasal projek ni,lenkali I update lg.hee.Sebab meeting petang td,so I lambatlah sikit smpai rumah and xsempatlah nk masak utk my hubby hari ni.Tp belum sempat I pikir nk beli makanan kt luar utk dia,dia lg dlu mesej dkt i pesan xpayah beli food utk dia sebab dia nak masak mlm ni.wowweee...

 Taddaaaaa...inilah dia ayam goreng kunyit hasil air tangan encek Somi I malam ni..I balik tlg masakkan nasi je utk dia sbb katanya xpndai nk masak nasi dlm periuk biasa.I selalu masak nasi utk dia sorang makan je 1 pot je sekali masak,so tu yang mls nk masak dlm ricecooker,senang letak atas api je cpt je masak.:)

 Ini saja je nak tunjuk close up,so that sapa2 yang lapar jenguk blog I nih dapatlah rasa kenyang skit tgk ayam goreng kunyit yang creamy nih..haha creamy ke?bukan oily?kekeke.cukup lah update ni,till next time,daa~ ;)

Tuesday, July 5, 2011

Berebut Channel TV

Sekarang I tidak lagi hidup bujang..Encek Somi sudah pun quit kerja JKR di Kuala Terengganu and moved to live with me here. :) Well,bila sudah tinggal bersama ni,ade la few changes yang berlaku dalam kehidupan I. Few ke? bukan byk?haha.
 Antaranya yang sudah bermula sejak semalam ialah berebut channel TV!haha.Encek Somi adalah penggemar drama2 melayu yang selalunya di TV3,or channel Astro 104,105 ke ape ke yang I rarely bukak kalau duduk sorang2 before ni.Sebab masa I menghadap TV lebih ke channel2 mcm  NTV7, 8TV, AXN, FOX,DIVA bla bla bla. And ade jugak channel yang we both leh share interest cam APL,HIST,Nat Geo,Discovery. Semalam after makan, leh dia sound I awal2 lg, "I book TV3 pukul9-10pm!". hahhaa..Juvana,drama yang dia follow dari 1st episod lagi.hehe seb bek time tu xde slot drama yg I follow. Pretty Little Liars kt 8TV 10.30 so takde la masalah berebut channel semalam.masih dalam zon selamat. :P
Perubahan kedua, masak di rumah after keje! Kalo I duk sorg2 mmg dapur tu jarang la I nak sentuh hari kerja unless bila weekend.Bila dah tinggal ber2 ni I have to cook la for my dear hubby kan. =D beban? Takdela beban pun,sbb masa ni la I nak asah skill masak memasak I yang bru tahap 1 tu kan.so kalo tak sedap telan jela Encik Somi yer,lame2 improve la tu.hehe. So semalam for dinner I masak ni,ayam masak asam pedas.
Tengah hari kat ofis ada chat kat YM ngan my bestie, Nozi pasal asam pedas.So teringat hari Sabtu nak masak ayam tp xjd so jadi la hari ni,tapi xcukup bhn pun,pegi 2 kedai runcit kat umah cri daun kesum tp takde.Tapi layan jela. ;)

Thursday, June 23, 2011

Nasi Ayam Chee Meng

 Semalam me&colleague pergi lunch nasi ayam ni di Old Klang Road,just beside the new Tesco@Scott Garden tu.Pergi sebab recommended by other colleague cakap nasi ayam ni sedap.Here we were.

 Set Nasi + Ayam+Sup  = RM6.50.Sedap dan mengenyangkan.

 Sayur kailan sos tiram yang fresh,crispy lg daun dan stem tu,sedap & menyihatkan! RM5. ordered by me yg suke makan sayur. =)

 Ayam bahagian thigh yang tak nampak ayamnya diselaputi kicap sambal cili dan sambal halia yang pedas tapi sedap.

 Nasi ayam pun just nice & fulfilling my stomach yang kelaparan time tu.Kuah sup ada kacang tanah dalam tu.untuk apa ye kacang tanah tu?signature diorang kot tapi tak sure ape kelebihan dia.

Ni my favourite kot..mulanya ingat ni sambal cili dia just warna dia tak merah sebab pakai cili hijau.Rupanya sambal halia.If AC yang sedang mak buyung makan pun msti cakap sedap.Sebab me suka makan halia pun ajaran Ac.hehe.
Keseluruhannya bagi me cakap nasi ayam ni sedap. So far my favourite nak makan nasi ayam adalah Nasi Ayam Pak Mal,so pasni Nasi Ayam Hainan Chee Meng pun leh masuk dalam list gak. Yummy. 
Sekian la.lately ni takde story sangat nak jot down here.so layan jela cerita tak menarik ni pon. ;)

Friday, June 17, 2011

Keguguran

Tiada sebarang cerita untuk dihapdet ke blog ini. So hari ni I rasa nak berkongsi cerita bagaimana I keguguran dalam 2bulan lepas. Sebab few friends ade yang bertanya cerita ni dengan I setelah sekian lama tak berjumpa.Ok macam ni ceritanya~
Masa tu pregnancy I masuk minggu ke8.Dan I memang belum mengalami sebarang masalah morning sickness atau sebagainya,dan kudrat I tetap kuat macam biasa,bezanya cuma I kerap mengantuk sewaktu tengahari.So memandangkan keadaan yang tidak membebankan sangat ni,I mintak izin encek suami untuk balik ke kampung I di Kelantan dan dia pun benarkan lah I balik seorang sebab masa tu hari Rabu kot so dia still kene kerja sampai Khamis.Then I pun baliklah drive sorang2 ke Kelantan dari Terengganu.
Selamatlah sampai ke kampung halaman dengan jayanya.Seperti biasa,rumah emak I memang sentiasa sibuk dengan kedai runcit dan kedai kopinya.Dan I memang sibuk jugalah seposen tolong mak I dengan kedai dia.Tapi takdelah teruk sangat pun,biasa2 je.Hari esoknya khamis I drive pergi ke SMKA Lati Pasir Mas dengan my niece Leen & her mom tolong dia kutip sijil2 dia kat sekolah(lepas SPM kan).Then petang tu plak I drive ke Rantau Panjang also with my niece saja2 nak cuci mata lama tak balik kampung kan.hehe.I pergi dengan 2 nieces,Leen yg lepas SPM tu n Isha yang kecik 5tahun tu.Hari tu agak penatlah jugak I berkejar2 dengan Isha dalam pasar Rantau Panjang tu.then almost maghrib kitorang sampai rumah.
And malam tu,lepak2 dengan famili sambil tengok TV,I ingat malam tu cerita Mantera Anjasmoro dan malam tu I langsung tak tolong dengan kedai sebab I asyik duk cakap sakit pinggang and memang pun sakit sampai rasa tak boleh nak duk tegakkan belakang langsung.lapik bantal kat belakang pun memang tak jadi.Masa maghrib petang tu pun I dah ada sedikit bleeding,tp pinkish je so I ingat takde apela sebab penat je la kot. Tapi sakit pinggang tu memang berlarutan sampai malam tu I tak boleh tido dengan sakit perut pun datang sampai kejang and seram sejuk kaki I malam tu.Dipendekkan cerita esoknya pagi bleeding I makin banyak dan badan sangat penat,I rasa tak mampu nak turun bawah bgtau my family and I cuma text my sister cakap I ada bleeding and nak pergi klinik.
At first kami pergi klinik yang bangang ni,doc tu just buat urine test dan bila result +ve dia cakap im still pregnant even I bgtau dia bleeding teruk ni taknak scan ke?dia cakap xpayah balik rehat je.Ish masa tu mmg bengang giler I rasa taknak bayar je keluar dr klinik dia.Pergi Klinik dia pun last choice sebab hari Jumaat takde klinik lain yang buka pagi2 tu.Olehsebab tak puas hati dengan doc tu punya advise,my sis ajak pergi Hospital Tanah Merah je.Then kat sana they straightly sent me to Labour Hall untuk scan.Masa scan tu doc cakap my fetus dah xde and dia check saluran siap keluarkan seketul darah yg tgh nak turun. Masa dalam bilik scan tu bila doc cakap dah gugur tu I memang dah tak boleh tahan sebak dan ternangis kat situ gak.sebenarnya taknak pun nangis tapi memang tak dapat tahan air mata.malu gile kot kat orang2 yang nampak I hari tu.dahla dengan pakai skirt tercalit2 darah masa duduk doc check saluran tu.uhuk.keluar dari hospital balik rumah.family semua pun redha je.Encik Suami and parents gerak balik Kelantan pagi tu gak.
Lepas kejadian Jumaat tu,I dan suami blk ke Terengganu pada hari Sabtu.Sakit?Macam biasa saja time tu,sakit yang teramat sangat pada malam sebelum keguguran tu dan dalam masa seminggu lepas keguguran (masa darah ketul2 nak keluar).Hari Ahad,suami bekerja,FIL di kedai kopi dan MIL ke kelas agama.I kat rumah sorang2 tahan sakit berguling2 kat katil sampai tak tahan sangat menangis2 call encik Suami suruh balik untuk ke klinik amik ubat tahan sakit.Seriusly,masa ni sakit sangat,sakit yang macam period,tapi lebih teruk tak dapat nak bayangkan. :( Tapi alhamdulillah,dengan ubat klinik yang ada,I sentiasa beringat untuk makan ubat sebelum sakit.Sebab kalau dh sakit mesti smpai menangis(sebab manja sangat agaknya?hehe).Seminggu I berpantang makan pedas dan makanan sejuk tapi lepas seminggu semua pun bedal! hehe.Sekian!

Wednesday, June 8, 2011

Family Day Out

It was on my anniversary day. 
Me,hubby,Mom and Nieces day out.
mom,me.hubby
Leen& Azira : Tasik Titiwangsa
 Putrajaya
 Mom & Nieces : Bukit Tinggi
 Anak dara pingitan =P
 
Teluk Chempedak

There was no candle light dinner,
only one nice & joyful outing together, a sweet memory to be reminisce in the future hopefully. 
=)

Tuesday, June 7, 2011

Rumah Sewa Saya

Entri tentang rumah sewa saya yang dijanjikan dalam post sebelum2 ni.
Sekarang saya menyewa di Taman Lestari Perdana berdekatan taman equine.
Niat nak dapatkan rumah teres tapi mostly rumah double storey je dalam area ni,tak jumpa single storey yang nak disewakan pun.So akhirnya terpaksa juga menyewa rumah bertingkat-tingkat.hehe.Rumah sewa saya ialah jenis shop apartment.ground level adalah shop lot dan rumah2 di tingkat 1,2 dan 3. rumah saya berada di tingkat 2 so harusla juga menapak sebanyak 39 anak tangga (first day ushar dah kira anak tangga~haha)
Inilah kawasan kejiranan saya.
Rumah ni ada 3bilik tapi satu je bilik air.Memandangkan mungkin saya seorang sahaja atau mungkin bakal berdua sahaja yg akan fully menetap di sini so tidaklah bermasalah sangat rasanya dengan satu bilik air. Nak tau harga sewa tak?percaya tak saya cakap sewanya cuma rm300? =D sangatlah berpatutan bagi saya sebab saya pun tak mampu nak cari rumah sewa yang mahal2.hehe.setahu saya la rate kawasan ni  around rm400. masa iklan tu pn sewanye rm380,tapi bila dah negotiate dengan owner yang baik hati tu pun sanggup nak bagi rm300 janji bayar sewa dan jaga rumah dia.Win-win situation la kiranya.
 Ini ruang tamu yang sedikit comel la(maksudnya tak berapa nk luas sgt),standard la rumah bujang yang tak berapa bujang.hehe.dinding berwarna hijau(adalah dinding asal) manakala warna coklat tu hasil kraf tangan saya dan encek Suami yang konon kreatif dan nak 'in' lah bajet duduk rumah sendiri kan.muahaha.Langsir tu credit to my MIL yang tolong jahitkan(upah pun ciput je encik Suami bagi,kejam kan~haha).
Again credit to my MIL yang bermurah hati mendermakan langsir lama beliau dapatlah dipasang di pintu2 bilik. ;) Ruang makan yang juga comel.kalau ajak kawan2 makan kat rumah nanti sila bersila kat bawahla yer sebab meja comel ni konfem boleh muat makanan je.hihihi. Hajat di hati nak jugak la buat housewarming once konfirm encek Suami tinggal bersama.Tapi tengok jela nanti bila ada masa yang bersesuaian.InsyaAllah kalau jadik saya akan jemput kawan2 yer. :)

Thursday, June 2, 2011

Happy 1st Anniversary

Its our first anniversary  =)
Doa saya semoga our marriage will be blessed and last till end of our lives,insyaAllah.
Mana2 ikatan perkahwinan pun akan dilanda ombak dan badai,tapi harapan kami agar halangan yang melanda akan lebih mematangkan dan mengeratkan lagi hubungan kami yang baru setahun jagung ni.Doakan untuk kami juga ye kawan2.thanks.love you guys! =)

Tuesday, May 31, 2011

Memasak Bila Ada Suami

 Masak memasak ni cuma aktiviti yang berlangsung sewaktu wujudnya seorang Encek Suami bersama di rumah saya.Almaklumla kewujudan beliau hanyalah di waktu hujung minggu dan hari cuti sahaja.So layan jela nafsu perot dia yang memang tak mampu berpisah dengan nasi.Hehe. Last weekend dia datang sampai pagi Friday tu amik dia then I pergi keje tinggalkan dia kat rumah. So after work that evening I masakkan dia 2 lauk simple ni je memandang ini aje barang2 yang ada kat rumah.

Ayam goreng konon berempah . Rempah apa sangatla setakat perap dengan bawang2 dan halia je.hehe

Ini pula terung goreng bersambal. Antara favourite Encek Suami dan I sendiri.Tapi cili paste yang I pakai ni beli siap kat kedai and it turns out not really sedaplah my sambal.Brand MAZ.memang I xsuka pkai brand ni dr dulu.sbb terlebih masam n masin.Kalau brand Puteri ok la sikit. 
Dan ini pula Nasi Lemak breakfast kami di pagi Sabtu.Kenyang sampai ke petang.hehe.
 
Terung sambal semalam yang tak habis lagi memandangkan kami berdua je yang nak menghabiskan :D

Friday, May 27, 2011

New Job Again?

New workstation
After 2weeks stuck in Pulau Indah with new job,I had 2 new job offers and 1 interview offer.haihs.

Ok first we talk about 2 new job offers.1st with M&E company in Bukit Puchong which I went to the interview after about 1week in the new company.And the 2nd offer was from my old company.Actually before being back in KL,all my family had advised me to go back to them,but I refused(konon malu lah). :D but then after few discussions with my parents,hubby and also few friends,I decided to go back to old company.(hoho!kinda malu,sebab mcm da ludah jilat balik!haha)Sometimes feels a bit frustrated for I didnt accept the offer in the Bukit Puchong because the company seems better and more stable,and another thing that I can learn new things there,esp in Fire Fighting,Cool Water and Air-Cond systems.But well,salary still plays the main role to me now.The pay is better at the old company and since I am going to rent a house (all for me,not sharing with friends anymore)so I think I need better pay.Thats enough to conclude the chosen job for now :)

Ok 2nd is about the interview offer.I got the offer just about minutes after I confirmed to start work with my old Boss!Pretty right timing huh!Hmm..the offer was quite attractive since it was a Johor Corporation's subsidiary.But then again I think I had to let go another good opportunity since I already had made my choice ( I need to be here for another 1 year,at least for good reason for me and hubby,hopefully, insyaAllah).By the way, eventhough I had to let go of it,1 good thing from it  was I had reserved the place for my hubby!Soon after I got the offer,my hubby did applied for the job and straight away he got the offer too!(already went to the interview and already got the job offer,but yet still in discussion whether to take it or not)If he accept the offer,he will be working in Damansara and the best thing about this job offer is he will be staying with me,HERE in KL! =D. Pray the best for us ya friends!
Back to site jobs already :)
 So for now, I am working in my old Company in Kinrara.Almost 2weeks in here already.So far everything was going well.Ok btw,I am now renting a shop apartment(the units in ground floor were shops while houses in the upper floors) in Seri Kembangan,just nearby Equine Park.Will update about the house in later entry. Till then,wish me luck on hubby's job decision =)

Monday, May 2, 2011

New Job, New Place

nak sangat keje,hamik kau duduk nun jauh di Pulau Indah.ehek.
After 1week of miscarry,I got an interview in Klang. Firstly rasa taknak pergi sbb  rasa jauh je kalo keje kt Klang.but then lastminute, Encek Suami ajak g KL since we're doing nothing on the weekend in Terengganu. So kami pun pergi lah ke KL stay di Selayang dan bergegas ke Klang for the interview.
Then after interview,the comp said will update me in a week time. But later in the evening,the comp already called me and offered the job.Haihs.so soon.pelik plak.tapi katenya since they were urgently looking for employee,so logik lah.Ok dah lah mcm tu,suruh plak I stat asap in the next 2days.discuss punye discuss dgn Encek Suami kate accept je dlu sementara nak tnggu better offer.
So kelam kabutlah we all terus cari rumah hari tu jugak.and dapatlah di Kg Perigi Nenas,just about 5minutes tothe office.ok lah.besides tak tau lagi berapa lama nak duk keje sini,just be contented lah dulu dengan apa yg ada. :) so welcome to new life rosek.bekerja dan hidup seperti single lagik ye.haha.
dah rasa susah senang selama jobless in 5months ni,so have to move on.previously good news when i got pregnant turn to bad news when I had miscarriage and in 2weeks time after tu I am back to working life.so maybe hikmahnya miscarry tu sebab nak I keje balik and setback our lives to normal as before (normal in definition we are able to pay all of our liabilities) hehe, hopefully.InsyaAllah :)

Monday, April 18, 2011

Declaration of Void

Previous entry officially declared as void.
Just had miscarriage at my 8th week of pregnancy.
 ;(
Still have to move on. We will be ok, insyaAllah.

Sunday, April 3, 2011

Double Lines

Umm.jumaat yang lepas buat test ni.terkezut I dalam few seconds je appear double lines ni.Tak jadi mandi berlari I keluar dari toilet tunjuk benda ni kat encek suami.Dia lagila terpinga2 and tanya I kenapa.Haip. I bagi dia tengok la manual UPT tu.syukur katanya.Hmm I sendiri tak percaya.Nervous,takot semua perasaan bercampur baur.Kononnya nak bli another UPT utk test lagi takot false positif. 
Then I consult Leya,hehe..my ex house mate mase kat KL.Dia suruh I terus je pergi jumpa Doc utk confirm sbb sgt rare berlaku false positif guna UPT ni.huhu.So yesterday I pun pergi la Klinik Dr.Hazlina,kira2 macam klinik family encik suami I la sebab satu famili pkai satu kad saja kat klinik ni.I pun pernah pergi klinik ni and the doctor was really nice,much helpful. 
So bila pergi tu I bagitau cerita double lines ni and doc straightly suruh I baring utk scan. And alhamdulillah,it wasnt a false positive.Syukur,but at the same time sangat nervous,takot dan sebagainya.uhuk. Masa scan tu nampak ada bulat melekat kat uterus I,konon2 nak tengokla pic encek suami snap,haish..tapi nerves kot dia sampai bergegar gile pic yg dia snap langsung mesin scan tu pun xde lam view.heeee ^_^. by the way, really thankful for this bless after 10months of marriage,maybe it is the exact time for us,tapi still berfikir susahnya kalau I tetap tak dapat kerja dalam masa mendatang ni.InsyaAllah ada rezekiNya nanti,Amin.
Wish me luck my dear friends :)

situ sana sini makanan

Tekak tak best.semalam dah la tido xlena lepas membuang kumbahan.pukul4-6 terjaga tak lena perut mencerut lapa.bangun minum susu.solat subuh.tidor balik.bangun tido kembali lapa.tapi tekak xselera.cube makan cornflakes+milk,tp haram tekak xselera nak telan.tak kena selera melayu I kot.hihi
 Rasanya lebih separuh mangkuk ni akan terbuang begitu sahaja..sedihnya kesian kat dia..huhu

Ini puding karamel yang I buat beberapa hari lepas.dah habis pun kot.simpan dalam peti ais makan sejuk2,suke suke  ^_^
 Ok ini Ikea Meatball yang dinikmati semasa ke KL 2minggu lepas.I suka makan ni.Ajak encek suami makan juga.dia yang tak berapa suka western food cakap sedap.I likeeee ;)

 Ok ini pula meatball yang Imasak sendiri di rumah..meatball beli ready made je terus goreng. tidak sesedap Ikea Meatball. I cari resepi gravynya di Internet,tapi tak dapat buat yang exactly the same,just jadi gravy mcm mushroom gravy kat Kenny Rogers..layan je la..hehe

Wednesday, March 30, 2011

Sanggul Siti Fatimah

Assalamualaikum to my blog~hee..da lame xupdate.Seminggu lepas di KL.ada byk cerita.tapi malas nak update. Nanti la bila rajin.Huhu. Semalam my FIL bawak balik umah daun Sanggul Siti Fatimah. Bagi dekat I. Suruh I rebus and minum air dia, katanya utk ubat senggugut I tu.Baik hati dia,terima kasih Papa.
Tapi..I belum pun lagi rebus and minum air nya. Sbb encek Suami I cakap tak payah la lagi minum. Kalau nak minum pun tunggu period datang dulu. So, I pun simpan je dulu daun tu.Ikut kata suami katakan.hee.
Lepas tu saja la I gugel2 dalam internet cari info pasal Sanggul Siti Fatimah ni,tapi I tak dapat jumpa banyak info pun,so tak dapat nak share kat sini. Betul mujarab atau tidak daun ni untuk ubatkan senggugut pun I tak tau.hehe. Nak cakap I takut nk makan minum benda2 herba ni tak lah jugak,I ni apa pun leh bedal. Tinggal nak tak nak je.Tapi utk sekarang,I sekadar ikut cakap suami I je. :)

 Ini la daun Sanggul Siti Fatimah yang papa bagi I

 Ada orang penah tgk or tau pasal daun ni tak?Kalau ada boleh la share info dengan I yer?

Saturday, March 12, 2011

Friday Phenomenon

Wordless entry sempena Friday Phenomenon di Pantai Teluk Ketapang ;)

    ombak mengganas manja-manja
    model : terompah biru & teritip di batang buluh
    Berduyun-duyun kereta keluar dari medan bundle Pantai Teluk Ketapang
 
    Pondok-pondok comel di tepi pantai ;)

Wednesday, March 9, 2011

Gossip Girl

Lately ni I macam fanatik sket dengan series Gossip Girl ni.
Lately ke?rasenye since dolu2 lagi kot.haha.
Pretty girls,handsome guys..tipula kalo tak suke..hihi.
Now ni dah season 4,on air kt CW.
So I pun bertungkus lumus la download cari kat tenet ni.
Till now,baru ep17.lambat plak nk tnggu ep18.tunggu ajo laa mak incik :D
Sangat gorgeous kan mereka?aish geram I nengoknye.
Heartthrob Nate Archibald~ weee
Dan & Serena..kesian kat Dan,dari dlu macam ade chemistry ngan Serena,
tapi tak pernah gak diorang jadik couple.aish.
Now ni plak Dan & Blair?Memang impossible betol kalo follow dari season1,ahaks.
Tapi tu la,makin byk season makin byk la plot bertukar2 ek? 
K la,saje je nak gedik2 sal Gossip Girls ni kat sini,till then,tata~XOXO,mmwax!

Monday, March 7, 2011

LPT

Petang tadi I dengan encek Suami pergi ronda2 tengok jalan baru kat LPT yg belum dibuka secara officialnye.LPT stand for Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Karak ke Pahang dan seterusnya ke Terengganu.
As for now,LPT yang dibuka hanyalah berakhir di Jabor yang mana perjalanan ke Kuala Terengganu seterusnya disambung di jalan persekutuan biasa sahaja melalui Kemaman.Adapun pembinaan LPT fasa ke2 ini setelah dirasmikan nanti bakal memudahkan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur terus ke Kuala Terengganu melalui lebuhraya semata.
InsyaAllah.Ini info yang I olah sendiri je,so if ada salah silap harap maaf la ye.Details lagi mungkin boleh check kat sini.
perjalanan lebih mudah dgn LPT!iklan pe?!
Nun jalan jauh terbentang..haha
ini model LPT,yang depan la bukan belakang tu ye.;P
Actually encek Suami ajak I ronda2 cni sebab nak show route dia cycled dengan geng2 VKBA dia. Hobi baru katakan.Haha.Kita cerita hobi baru dia kat lain entry la sbb tonite dah post 3 entries in a row,hehe. Ok la,nak titon plak..gudnite peeps!buwek perasan la ko rosek.haha

Sunday, March 6, 2011

Tat Telur

First time try nak buat tat telur.resepinya I godek2 je lam tenet,jumpe kat sini
Dahlah takpernah tau pun mcm mane nk buat,men rembat men baham je.
Comot sikit la,kene improve lagi next time buat.
Layan jela some of the pics.
first time bake pastry je dlu



ni lepas isi filling sekali
2nd time bake sekali pastry&filling
comot kan,i tau.uhuk